Archive for Oktober, 2008




Bahan-bahan yang digunakan:

 

Kami percaya yang pengguna berhak untuk mengetahui bahan yang terdapat dalam sabun scrub kami.  Sabun scrub kami mengandungi bahan-bahan asli yang terpilih serta yang mempunyai kebaikan yang telah terbukti keberkesanan untuk memberi kebaikan pada kulit wajah:-

 

Untuk kulit wajah NORMAL:

Glycerin, Glutinous Rice (Beras Pulut Susu), T3 Oil, Vitamin E, A and C, Turmeric Oil dan Madu asli.

 

Untuk kulit wajah KERING:

Glycerin,Almond, Glutinous Rice (Beras Pulut Susu), T3 Oil, Vitamin E, A and C, Turmeric Oil dan Olive Oil.

 

Untuk kulit wajah BERMINYAK

Glycerin, Oatmeal Black Glutinous Rice (Beras Pulut Hitam), T3 Oil, Vitamin E, A and C & Turmeric Oil

 

Cara menggunakan nya:

Basahkan sabun scrub anda. Gosokkan secara putaran di bahagian tepi sabun scrub terus mengena pada kulit wajah, di mulai dari bahagian dagu naik keatas. Tumpuan diberikan ditepi hidung, dagu dan dahi. Biarkan 2-3 minit dan bilas bersih.

 

Selepas wajah bersih, gosok perlahan dengan menggunakan tuala lembut/lembab di wajah dan lihatlah bagaimana sel-sel mati itu tertanggal. Kemudian, jangan lupa letakkan pelembab muka seperti biasa.

 

Dan anda saksikan sendiri kulit wajah anda yang licin berseri-seri dengan penggunaan yang disyorkan.

 

Add comment Oktober 10, 2008

Kebaikan Bahan Yang Digunakan.

Kebaikan Beras Pulut  & Beras Pulut Hitam

 

Beras pulut dan juga beras pulut hitam telah lama digunakan sebagai lulur dari zaman dahulu. Khasiatnya memang telah terbukti untuk memutih, membersihkan dan juga melembutkan kulit.

 

Walaupun begitu, ianya tidak boleh digunakan hari-hari kerana ianya akan menyebabkan lapisan kulit rosak akibat terlalu nipis dan menjadi hitam/lebam apabila terkena pancaran matahari.

 

Tetapi, sekiranya penggunaan nya dibuat  2 minggu atau 3 minggu sekali akan memberikan kulit anda sihat dan bersih serta lembut.

 

Kebaikan Oatmeal

 

Oatmeal telah lama digunakan sebagai scrub. Ianya dapat menyerap minyak dan ianya tidak kasar serta lembut pada kulit. Oatmeal mampu menanggalkan sel-sel kulit yang mati secara lembut dan semulajadi.

 

Kebaikan Almond

 

Almond juga mempunyai fungsi melembabkan kulit. Ianya juga berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit yang mati. Kulit yang kering itu akan menjadi lembab dan minyak didalam almond akan dikeluarkan semasa scrub dan mampu memberi/mengeluarkan rasa lembab semulajadi pada wajah.

 

 

Add comment Oktober 10, 2008

Keistimewaan SaVonhut FACIAL SCRUB

 

Kami percaya bahawa dengan melakukan scrub akan memberi kebaikan kepada kulit wajah anda. Tetapi satu perkara yang mesti diingat ialah, kulit wajah TIDAK boleh di scrubkan setiap hari kerana ianya akan merosakkan lapisan atas kulit dan mengakibatkan kulit menjadi terlalu kering dan tiada perlindungan semulajadi.

 

Setiap hari umur makin meningkat, perlindungan semulajadi keatas kulit makin berkurangan, dan kulit akan diliputi oleh kulit ‘matang’ dan kulit mati akan menutupi wajah dan mengakibatkan warna kusam dan tidak berseri.

 

Kebanyakan jenis kulit, disetiap peringkat umur boleh melakukan scrub lembut untuk setiap dua ke tiga minggu sekali untuk menanggalkan sel-sel kulit yang mati. 

Ianya akan menjadikan kulit wajah anda bersih berseri-seri dan lembut serta segar.

  

Olehkerana kami prihatin yang “Masa itu Emas” kami menggabungkan scrub wajah anda supaya ianya dilakukan semasa anda mandi. ‘2 in 1’

 

Lebih nilai untuk wang anda!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Add comment Oktober 10, 2008

SABUN MANDIAN; Berasaskan GLYCERIN.

Diantara sebab-sebab mengapa sabun mandian kami amat istimewa dan setiap orang mesti mencuba:-

 

1) Sabun kami TIDAK mengandungi bahan kimia yang memudaratkan atau yang boleh mengeringkan atau merosakkan kulit badan/wajah anda. Kami juga telah mendapat sijil dari Pusat Racun Negara yang sabun kami bebas dari bahan kimia merbahaya.

 

 

2) Sabun ini sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kanak-kanak.

 

 

3) Wangian yang lembut, selesa dan menyegarkan.

 

 

4) Buih-buih nya amat lembut, halus dan mewah.

 

  

5) Lebih nilai untuk wang anda (Harga berpatutan jika dibandingkan dengan kebaikan yang akan anda dapati)

 

 

6) Berbagai pilihan warna yang dapat menceriakan dan bersesuaian dengan anda.

Add comment Oktober 10, 2008

PENGGUNAAN SABUN BERASASKAN GLYCERIN

Olehkerana sabun yang dikeluarkan oleh kami  tiada bahan pengawet atau bahan kimia untuk mengeraskan sabun, kami menyarankan yang sabun ini hendaklah dilindungi daripada terkena pancaran matahari, direndam air dan disimpan ditempat yang kering dan pada suhu bilik.

 

Tempoh berapa lama anda ingin menggunakan sabun itu bergantung pada cara penggunaannya. Sekiranya anda memegang sabun dibawah air ‘shower’ atau air paip, ianya tidak akan tahan lama.

 

CARA YANG DISARANKAN

 Apa yang perlu anda lakukan, ialah basahkan tangan anda dengan air, sapukan kesabun anda, letakkan sabun anda kembali ke tempat simpanan sabun, buihkan ia dan sabun seperti biasa dengan buih-buih itu keseluruh badan anda dan ulang proses itu sebanyak mana yang anda suka kemudian bilas hingga bersih.

 

Kami menyarankan anda meletakkan sabun didalam  bekas sabun yang tidak menakung air untuk mendapatkan sabun yang tahan lama.

Add comment Oktober 10, 2008

Apa itu Glycerin?

 

 Glycerin  ialah satu bahan yang neutral, manis, tiada berwarna ‘crystal clear’ dan merupakan cecair yang agak pekat yang boleh membeku jika disejukkan. Glycerin akan melarut didalam air atau alcohol, tetapi tidak larut didalam minyak.

 

Terdapat banyak bahan yang larut didalam glycerin dengan lebih mudah daripada larut didalam air atau alcohol. Jadi ianya adalah ‘good solvent’ atau pelarut yang baik.

 

Glycerin juga mempunyai daya “hygroscopic” yang agak tingggi. Ini bermakna ianya dapat menyerap air daripada udara. Sebagai contoh, sekiranya anda meninggalkan 100% glycerin terdedah di udara, ianya akan menyerap air diudara dan akhirnya, ianya akan menjadi 80% glycerin dan 20% air.

 

Oleh sebab sifat nya yang ‘hygroscopic”, glycerin yang dilarutkan didalam air akan dapat juga melembutkan kulit.

 

Glycerin juga digunakan untuk membuat sabun.  Sabun jenis ini biasanya mengandungi 15% – 35% glycerin. Sabun jenis ini biasanya sangat melembabkan kulit secara semulajadi. Tetapi kelemahan nya ialah, sekiranya sabun jenis ini direndam atau didedahkan pada udara, ianya akan cepat habis/hakis dan butiran udara seperti manik-manik akan terdapat pada sekeliling sabun ini.

 

Walaubagaimanapun, ramai yang menganggap ianya bukan lah satu kelemahan yang besar jika dibandingkan dengan kebaikannya; iaitu, kulit akan menjadi lembut, lembab, selamat dan sangat sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak dan juga semua jenis kulit.

 

Dan olehkerana sifat glycerin yang memberi kelembapan inilah, maka kebanyakan pengeluar sabun-sabun komersial mengeluarkan glycerin dari sabun mereka untuk tujuan lebih menguntungkan seperti membuat krim muka dan pelembab atau lotion yang boleh dijual dengan harga yang tinggi.

 

Tetapi bagi sabun kami yang dibuat secara ‘homemade’, kami masih menggunakan glycerin, untuk mendapatkan nilai kebaikan bagi setiap sabun yang kami hasilkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Add comment Oktober 10, 2008

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

Oktober 2008
A I S R K J S
« Ogo    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Posts by Month

Posts by Category