Apa itu Glycerin?
Oktober 10, 2008
savonhut
Tags: glycerin, kanak-kanak, pelarut yang baik, sesuai untuk semua jenis kulit, terdedah
Terdapat banyak bahan yang larut didalam glycerin dengan lebih mudah daripada larut didalam air atau alcohol. Jadi ianya adalah ‘good solvent’ atau pelarut yang baik.
Glycerin juga mempunyai daya “hygroscopic” yang agak tingggi. Ini bermakna ianya dapat menyerap air daripada udara. Sebagai contoh, sekiranya anda meninggalkan 100% glycerin terdedah di udara, ianya akan menyerap air diudara dan akhirnya, ianya akan menjadi 80% glycerin dan 20% air.
Oleh sebab sifat nya yang ‘hygroscopic”, glycerin yang dilarutkan didalam air akan dapat juga melembutkan kulit.
Glycerin juga digunakan untuk membuat sabun. Sabun jenis ini biasanya mengandungi 15% – 35% glycerin. Sabun jenis ini biasanya sangat melembabkan kulit secara semulajadi. Tetapi kelemahan nya ialah, sekiranya sabun jenis ini direndam atau didedahkan pada udara, ianya akan cepat habis/hakis dan butiran udara seperti manik-manik akan terdapat pada sekeliling sabun ini.
Walaubagaimanapun, ramai yang menganggap ianya bukan lah satu kelemahan yang besar jika dibandingkan dengan kebaikannya; iaitu, kulit akan menjadi lembut, lembab, selamat dan sangat sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak dan juga semua jenis kulit.
Dan olehkerana sifat glycerin yang memberi kelembapan inilah, maka kebanyakan pengeluar sabun-sabun komersial mengeluarkan glycerin dari sabun mereka untuk tujuan lebih menguntungkan seperti membuat krim muka dan pelembab atau lotion yang boleh dijual dengan harga yang tinggi.
Tetapi bagi sabun kami yang dibuat secara ‘homemade’, kami masih menggunakan glycerin, untuk mendapatkan nilai kebaikan bagi setiap sabun yang kami hasilkan.
Entry Filed under: Apakah Glycerin?
Trackback this post | Subscribe to comments via RSS Feed