Kebaikan Bahan Yang Digunakan.
Oktober 10, 2008
savonhut
Tags: beras pulut, beras pulut hitam, almond, berminyak, setiap hari, oatmeals, khasiat, semulajadi
Kebaikan Beras Pulut & Beras Pulut Hitam
Beras pulut dan juga beras pulut hitam telah lama digunakan sebagai lulur dari zaman dahulu. Khasiatnya memang telah terbukti untuk memutih, membersihkan dan juga melembutkan kulit.
Walaupun begitu, ianya tidak boleh digunakan hari-hari kerana ianya akan menyebabkan lapisan kulit rosak akibat terlalu nipis dan menjadi hitam/lebam apabila terkena pancaran matahari.
Tetapi, sekiranya penggunaan nya dibuat 2 minggu atau 3 minggu sekali akan memberikan kulit anda sihat dan bersih serta lembut.
Kebaikan Oatmeal
Oatmeal telah lama digunakan sebagai scrub. Ianya dapat menyerap minyak dan ianya tidak kasar serta lembut pada kulit. Oatmeal mampu menanggalkan sel-sel kulit yang mati secara lembut dan semulajadi.
Kebaikan Almond
Almond juga mempunyai fungsi melembabkan kulit. Ianya juga berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit yang mati. Kulit yang kering itu akan menjadi lembab dan minyak didalam almond akan dikeluarkan semasa scrub dan mampu memberi/mengeluarkan rasa lembab semulajadi pada wajah.
Entry Filed under: Kebaikan-kebaikan Bahan Digunakan
Trackback this post | Subscribe to comments via RSS Feed