PENGGUNAAN SABUN BERASASKAN GLYCERIN
Oktober 10, 2008
savonhut
Tags: bersih, lindung daripada panas, suhu bilik, biar kering, cara gunakan, tahan lama, buih-buih, badan
Olehkerana sabun yang dikeluarkan oleh kami tiada bahan pengawet atau bahan kimia untuk mengeraskan sabun, kami menyarankan yang sabun ini hendaklah dilindungi daripada terkena pancaran matahari, direndam air dan disimpan ditempat yang kering dan pada suhu bilik.
Tempoh berapa lama anda ingin menggunakan sabun itu bergantung pada cara penggunaannya. Sekiranya anda memegang sabun dibawah air ‘shower’ atau air paip, ianya tidak akan tahan lama.
CARA YANG DISARANKAN
Apa yang perlu anda lakukan, ialah basahkan tangan anda dengan air, sapukan kesabun anda, letakkan sabun anda kembali ke tempat simpanan sabun, buihkan ia dan sabun seperti biasa dengan buih-buih itu keseluruh badan anda dan ulang proses itu sebanyak mana yang anda suka kemudian bilas hingga bersih.
Kami menyarankan anda meletakkan sabun didalam bekas sabun yang tidak menakung air untuk mendapatkan sabun yang tahan lama.
Entry Filed under: Cara Penggunaan Sabun Glycerin
Trackback this post | Subscribe to comments via RSS Feed