Posts filed under 'Cara Penggunaan Sabun Glycerin'




PENGGUNAAN SABUN BERASASKAN GLYCERIN

Olehkerana sabun yang dikeluarkan oleh kami  tiada bahan pengawet atau bahan kimia untuk mengeraskan sabun, kami menyarankan yang sabun ini hendaklah dilindungi daripada terkena pancaran matahari, direndam air dan disimpan ditempat yang kering dan pada suhu bilik.

 

Tempoh berapa lama anda ingin menggunakan sabun itu bergantung pada cara penggunaannya. Sekiranya anda memegang sabun dibawah air ‘shower’ atau air paip, ianya tidak akan tahan lama.

 

CARA YANG DISARANKAN

 Apa yang perlu anda lakukan, ialah basahkan tangan anda dengan air, sapukan kesabun anda, letakkan sabun anda kembali ke tempat simpanan sabun, buihkan ia dan sabun seperti biasa dengan buih-buih itu keseluruh badan anda dan ulang proses itu sebanyak mana yang anda suka kemudian bilas hingga bersih.

 

Kami menyarankan anda meletakkan sabun didalam  bekas sabun yang tidak menakung air untuk mendapatkan sabun yang tahan lama.

Add comment Oktober 10, 2008

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

November 2009
A I S R K J S
« Okt    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Posts by Month

Posts by Category