Posts filed under: ‘Keistimewaan Sabun Facial Scrub‘




Bahan-bahan yang digunakan:

 

Kami percaya yang pengguna berhak untuk mengetahui bahan yang terdapat dalam sabun scrub kami.  Sabun scrub kami mengandungi bahan-bahan asli yang terpilih serta yang mempunyai kebaikan yang telah terbukti keberkesanan untuk memberi kebaikan pada kulit wajah:-

 

Untuk kulit wajah NORMAL:

Glycerin, Glutinous Rice (Beras Pulut Susu), T3 Oil, Vitamin E, A and C, Turmeric Oil dan Madu asli.

 

Untuk kulit wajah KERING:

Glycerin,Almond, Glutinous Rice (Beras Pulut Susu), T3 Oil, Vitamin E, A and C, Turmeric Oil dan Olive Oil.

 

Untuk kulit wajah BERMINYAK

Glycerin, Oatmeal Black Glutinous Rice (Beras Pulut Hitam), T3 Oil, Vitamin E, A and C & Turmeric Oil

 

Cara menggunakan nya:

Basahkan sabun scrub anda. Gosokkan secara putaran di bahagian tepi sabun scrub terus mengena pada kulit wajah, di mulai dari bahagian dagu naik keatas. Tumpuan diberikan ditepi hidung, dagu dan dahi. Biarkan 2-3 minit dan bilas bersih.

 

Selepas wajah bersih, gosok perlahan dengan menggunakan tuala lembut/lembab di wajah dan lihatlah bagaimana sel-sel mati itu tertanggal. Kemudian, jangan lupa letakkan pelembab muka seperti biasa.

 

Dan anda saksikan sendiri kulit wajah anda yang licin berseri-seri dengan penggunaan yang disyorkan.

 

Add a comment Oktober 10, 2008

Kebaikan Bahan Yang Digunakan.

Kebaikan Beras Pulut  & Beras Pulut Hitam

 

Beras pulut dan juga beras pulut hitam telah lama digunakan sebagai lulur dari zaman dahulu. Khasiatnya memang telah terbukti untuk memutih, membersihkan dan juga melembutkan kulit.

 

Walaupun begitu, ianya tidak boleh digunakan hari-hari kerana ianya akan menyebabkan lapisan kulit rosak akibat terlalu nipis dan menjadi hitam/lebam apabila terkena pancaran matahari.

 

Tetapi, sekiranya penggunaan nya dibuat  2 minggu atau 3 minggu sekali akan memberikan kulit anda sihat dan bersih serta lembut.

 

Kebaikan Oatmeal

 

Oatmeal telah lama digunakan sebagai scrub. Ianya dapat menyerap minyak dan ianya tidak kasar serta lembut pada kulit. Oatmeal mampu menanggalkan sel-sel kulit yang mati secara lembut dan semulajadi.

 

Kebaikan Almond

 

Almond juga mempunyai fungsi melembabkan kulit. Ianya juga berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit yang mati. Kulit yang kering itu akan menjadi lembab dan minyak didalam almond akan dikeluarkan semasa scrub dan mampu memberi/mengeluarkan rasa lembab semulajadi pada wajah.

 

 

Add a comment Oktober 10, 2008

Keistimewaan SaVonhut FACIAL SCRUB

 

Kami percaya bahawa dengan melakukan scrub akan memberi kebaikan kepada kulit wajah anda. Tetapi satu perkara yang mesti diingat ialah, kulit wajah TIDAK boleh di scrubkan setiap hari kerana ianya akan merosakkan lapisan atas kulit dan mengakibatkan kulit menjadi terlalu kering dan tiada perlindungan semulajadi.

 

Setiap hari umur makin meningkat, perlindungan semulajadi keatas kulit makin berkurangan, dan kulit akan diliputi oleh kulit ‘matang’ dan kulit mati akan menutupi wajah dan mengakibatkan warna kusam dan tidak berseri.

 

Kebanyakan jenis kulit, disetiap peringkat umur boleh melakukan scrub lembut untuk setiap dua ke tiga minggu sekali untuk menanggalkan sel-sel kulit yang mati. 

Ianya akan menjadikan kulit wajah anda bersih berseri-seri dan lembut serta segar.

  

Olehkerana kami prihatin yang “Masa itu Emas” kami menggabungkan scrub wajah anda supaya ianya dilakukan semasa anda mandi. ‘2 in 1’

 

Lebih nilai untuk wang anda!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Add a comment Oktober 10, 2008

Sabun Scrub Muka/ Facial

Sabun Scrub Muka / Sabun Facial

Untuk dapat wajah berseri-seri, kenalah tanggalkan sel-sel mati. Jadi, cara mudah untuk tanggalkan sel-sel mati ini adalah dengan gunakan sabun scrub muka SaVonhut. Jimat masa, Jimat tenaga, kulit wajah pun jelita…

Sabun scrub muka ni ada 3 jenis. Untuk kulit normal, berminyak dan juga kulit kering. Tapi kulit berjerawat tak boleh pakai scrub. Di SaVonhut ni, kami buatkan berkembar dengan sabun facial sekali.

Sebabnya…sabun scrub ni tak boleh pakai hari-hari, tetapi sabun facial pula untuk guna harian. Jadi, 2 dalam 1 la… dua-dua kembar ni jumlah beratnya 40g saja. Maknanya 20g satu…

 

Kembalikan wajah yang berseri-seri, katakan ‘tidak’ pada kulit yang kusam dan tak bermaya!!!

 

 

 

 

 

 

Add a comment Ogos 1, 2008

Laman

Kategori

Pautan

Meta

Kalendar

Oktober 2014
A I S R K J S
« Okt    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Posts by Month

Posts by Category

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.